11 Kelebihan Akaun SSPN i-Plus

SSPN i-Plus Simpanan Pendidikan No 1 Malaysia

  • Kadar Dividen Tinggi & Kompetitif
    Kadar Dividen terkini 4%, lebih tinggi berbanding skim simpanan lain. Simpanan dijamin kerajaan & keuntungan diperoleh boleh dikecualikan cukai.

  • Penyertaan Seawal Sehari
    SSPN i-Plus boleh dibuka untuk setiap anak, termasuk yang baru berumur 1 hari. Urusan pembukaan akaun SSPN i-Plus boleh dibuka secara online tanpa sebarang dokumen perlu dimuatnaik.

  • Pelepasan Cukai RM11 ribu
    Seperti yang dinyatakan Belanjawan 2019 Kerajaan Malaysia, simpanan SSPN i-Plus diberikan pelepasan cukai simpanan sehingga RM8,000 & RM3,000 bagi sumbangan takaful SSPN i-Plus.

  • Pakej Serendah RM1 Sehari
    Jumlah mimimum deposit sebulan hanya serendah RM30 sebulan. Dengan tabungan yang mudah dan rendah, serta dapat dividen & manfaat takaful hingga RM40 ribu.

  • Simpanan dijamin Kerajaan
    Simpanan yang dibuat oleh pendeposit SSPN i-Plus dijamin Kerajaan Malaysia.

  • Produk Simpanan Patuh Syariah
    SSPN i-Plus adalah produk patuh syariah & telah diberikan pengesahan syariah dari Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM)
    .

  • Tanpa Pemeriksaan Kesihatan
    Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun SSPN i-Plus (kecuali Pakej Berlian).

  • Manfaat Takaful Sehingga RM1 Juta
    Proses penyertaan ringkas untuk layak mendapat manfaat takaful sehingga RM1 juta dengan pakej berlian dengan caruman SSPN i-Plus RM500 sebulan.

  • Tabung Pendidikan RM100 ribu
    Ketahui bagaimana dengan simpanan pakej nilam dan menyimpan selama 20 tahun boleh mencapai unjuran simpanan sehingga RM100 ribu. Jumlah yang amat cukup untuk masa depan anak anda.

  • Manfaat Takaful Bagi Penyakit Kritikal
    Pendeposit SSPN i-Plus dilindungi manfaat takaful hingga RM100 ribu jika disahkan menghidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan.

  • Manfaat Khairat Kematian / Pengurusan Kematian
    Pendeposit SSPN i-Plus juga layak mendapat manfaat khairat kematian jika berlaku kematian antara pendeposit, pasangan atau anak-anak pendeposit (terhad kepada 3 orang anak sahaja).