PERSOALAN BERKAITAN SSPN-i PLUS

1. Apakah SSPN-i Plus? 

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.

SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

2. Adakah pelan simpanan yang ditawarkan ini patuh syariah?

Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus iaitu kontrak wakil dan kontrak pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

3. SSPN-i Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan. Pakej yang ditawarkan adalah seperti jadual:

4. Apakah keistimewaan SSPN-i Plus?

SSPN-i Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu:

  1. Patuh syariah.

  2. Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000.00 setahun.

  3. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.

  4. Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.

  5. Tiada pemeriksaan kesihatan.

  6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.

  7. Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.

  8. Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.

  9. Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.

  10. Layak memohon pinjaman PTPTN.

  11. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.

  12. Simpanan dijamin kerajaan.

5. Siapakah yang layak membuka akaun SSPN-i Plus?

Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai umur 64 tahun layak membuka akaun untuk diri sendiri dan boleh membuka akaun untuk anak atau anak jagaan yang sah (mestilah juga warganegara Malaysia) yang berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.

6. Adakah seseorang itu boleh membuka akaun SSPN-i Plus jika menghidapi sebarang penyakit kritikal?

Boleh tetapi bagi Pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam sahaja (tertakluk kepada terma dan syarat).

7. Saya telah mempunyai akaun SSPN-i, adakah saya boleh membuka akaun SSPN-i Plus?

Boleh. Pendeposit yang telah mempunyai akaun SSPN-i boleh membuka akaun SSPN-i Plus tanpa perlu menutup akaun SSPN-i.

8. Adakah penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun sama ada pakej yang sama atau pakej yang berlainan?

Ya. Penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun tetapi pembukaan akaun mestilah dibuat oleh pendeposit yang berbeza sama ada akaun dibuka untuk diri sendiri, dibuka oleh ibu atau dibuka oleh bapa atau dibuka oleh penjaga yang sah. Ini bermakna setiap penerima manfaat hanya boleh mempunyai maksimum dua (2) akaun sahaja.

9. Adakah simpanan yang dibuat boleh dikeluarkan pada bila-bila masa?

Simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun adalah sebanyak RM1,000. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan masih tertakluk dengan syarat baki minimum yang ditetapkan.

10. Adakah simpanan yang dibuat boleh dikeluarkan pada bila-bila masa?

Simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun adalah sebanyak RM1,000. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan masih tertakluk dengan syarat baki minimum yang ditetapkan.

11. Apakah yang akan terjadi sekiranya pendeposit gagal membuat bayaran komitmen bulanan sehingga tarikh bayaran yang ditetapkan?

Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima selepas tempoh ihsan, maka akaun akan ditutup serta-merta.

12. Bagaimana caranya jika pendeposit bercadang untuk bertukar pakej?

Sekiranya pendeposit bercadang menukar pakej yang lain, beliau hendaklah menutup akaun sedia ada terlebih dahulu dan membuka akaun yang baharu.

13. Bagaimana caranya jika pendeposit bercadang untuk bertukar pakej?

Sekiranya pendeposit bercadang menukar pakej yang lain, beliau hendaklah menutup akaun sedia ada terlebih dahulu dan membuka akaun yang baharu.

14. Apakah 36 penyakit kritikal yang dilindungi takaful?

    36 penyakit kritikal adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

15. Apakah penyakit khusus?

     Berikut adalah senarai penyakit khusus:

  1. Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular

  2. Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu sistem kencing dan sistem biliary

  3. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak

  4. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele

  5. Endometriosis termasuk penyakit sistem reproduktif

  6. Gangguan spina vertebra (termasuk cakera) dan penyakit lutut

16. Adakah perlindungan diberikan kepada anggota beruniform?

Ya, selagi anggota beruniform tidak terlibat secara langsung dalam tugasan peperangan/ rusuhan, rusuhan awam sama ada diisytihar atau tidak.

17. Adakah elaun kemasukan hospital tertakluk dalam negara sahaja?

Tidak. Elaun kemasukan hospital tidak terhad dalam Malaysia sahaja. Elaun juga layak dituntut bagi kemasukan hospital di luar negara selagi kunjungan tersebut bukan atas tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, kemasukan hospital di Singapura dibayar bagi tujuan perubatan.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,Blok D,

Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline:  03 - 2193 3000
Faks:  03 - 2193 1263


Waktu Operasi: Isnin - Ahad
(8:00 Pagi - 10:00 Malam)

i-Care (icare.ptptn.gov.my)